Aduan 1: Bonus HPA dibayar lambat.
Syarat untuk HPA membayar bonus kepada ahli adalah ahli tersebut membuat pembelian produk sebanyak 50NM, harga antara RM100-RM150. Setiap bonus HPA dikira berdasarkan jumlah pembelian produk, langsung tak ambil bonus daripada yuran kemasukan ahli. Yuran ahli RM30 sahaja, jadi bonus tak dapat walaupun cari seberapa ramai ahli pun. Bonus dikira apabila adanya ahli yang membuat pembelian produk.
Nilai mata dikira setiap bulan dari tempoh awal bulan (1hb) sehingga hujung bulan (30/31hb). Pembelian barang pada bulan pertama, penjumlahan dan pengiraan mata bermula pada hujung bulan kedua. Kemudian, pengeposan bonus bermula awal bulan ketiga. Oleh itu, misalnya ahli buat pembelian pada bulan Ogos, bulan September pengiraan dibuat dan bulan Oktober menerima bonus bagi bulan Ogos.
Sekiranya ahli buat pembelian setiap bulan, barulah bonus akan diperolehi setiap bulan tanpa putus.
Aduan 2: Ahli HPA tidak dapat beli dengan harga ahli.
Ahli HPA perlu membeli produk HPA di stokis HPA, bukannya beli dengan ahli yang lain ataupun beli di kedai runcit. Ini kerana, kedai runcit juga mendapatkan produk HPA dengan harga pengedar. Ahli HPA dan kedai runcit berada di paras pemasaran produk yang sama. Oleh itu, ahli HPA boleh menjual produk kepada yang bukan ahli HPA.
Begitu juga, sekiranya ahli HPA yang ingin membeli produk HPA secara online. Fikirkan situasi sama di atas, laman web ataupun kedai online tersebut dikendalikan oleh stokis ataupun dikendalikan oleh ahli HPA. Sekiranya kedai online dikendalikan oleh ahli HPA, tentulah kos produk mereka pada harga pengedar dan harga jual mereka pada harga pengguna.
No comments:
Post a Comment