Ruangan Untuk Di Sewa

Ruangan Untuk Di Sewa
Sila emel: herba.hpa@gmail.com

"If they know the benefits of herbs we are, they are willing to change even with chunks GOLD"
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, December 28, 2011

Asparagus tanaman bernilai tinggi



Sulur muda asparagus dikutip sebagai sayuran yang berkhasiat dan bernilai tinggi.


ASPARAGUS merupakan antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat negara ini. Biasanya ia ditanam secara komersial oleh para pengusaha dan jarang di tanam secara kecil-kecilan.
Namun, bagi yang gemar berkebun boleh mencuba untuk menanam asparagus di kawasan rumah mereka.

Penyediaan kawasan

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar.

Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan. Lebar batas satu meter, tinggi antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialan 0.6- 1.0 meter.

Nilai pH yang sesuai ialah antara 5.5 dan 6.5, jika pH tanah kurang dari yang disyorkan pengapuran perlu dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum penanaman dilakukan. Kadar pengapuran antara tiga dan lima tan/hektar bagi tanah.

Batas di tambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara satu hingga tiga kg/meter persegi atau antara tiga hingga enam tan/hektar bagi tanah mineral.

Bahan ini hendaklah digaulkan ke dalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok.

Penanaman dan penjagaan

Biji benih perlu disemai dalam polibeg hitam yang sesuai dengan menggunakan media tanah campuran tiga bahagian tanah atas: Dua bahagian bahan organik: Satu bahagian pasir dan ditambah ½ bahagian sabut kelapa.

Letak satu atau dua biji benih dalam polibeg dan biji benih akan bercambah antara tujuh dan 14 hari dan anak benih dibiarkan selama antara lapan dan 10 minggu ditapak semaian.

Ia perlu disiram setiap hari dan sekurangnya 50 peratus teduhan.

Rumpun asparagus yang berumur lebih setahun boleh dibelah dan dipindahkan sebagai bahan tanaman.

Pastikan tunas sulur subur dan mempunyai akar yang mencukupi. Tanam tunas sulur secepat mungkin.

Pendedahan kepada cahaya matahari dan angin akan menjejaskan pertumbuhan tunas sulur.

Jarak tanaman yang sesuai ialah satu meter antara barisan pokok dan penanaman sebaris didalam batas adalah sesuai bagi asparagus kerana memudahkan pengurusan tanaman.

Kawalan rumpai

Pengawalan rumpai penting untuk menjamin hasil yang tinggi. Kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang.

Rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu

Pembajaan

Baja yang disyorkan ialah 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar. Tetapi ia bergantung pada kesesuaian tanah di sesuatu kawasan, keperluan nutrien tanaman,masa dan cara pembajaan .

Pembajaan dibuat antara tiga dan empat minggu selepas mengubah anak benih ke ladang, penggunaan baja organik 8: 8:8: (80-100 gm/rumpun diselangkan dengan baja NPK biru 12:12:17 (50-80 gm/rumpun) adalah disyorkan dan ditambah bila rumpun membesar.

Ia ditabur keliling tanaman dengan jarak 15-20 sm dari rumpun tanaman dan dikambus bagi mengelakkan larut resap ke udara. Pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan baja kimia dengan baja organik.

Pemangkasan

Proses pemulihan dilakukan supaya keseimbangan bilangan batang dan daun yang cukup untuk aktiviti fotosintesis serta kegunaan pembesaran selepas melalui aktiviti kutipan hasil.

Program pemulihan memerlukan antara dua dan tiga bulan dan tinggalkan tiga dan empat pokok matang setiap rumpun.

Asparagus perlu dicantas tiga atau empat kali setahun mengikut kesesuaian pokok. Semua pokok matang perlu dicantas di paras tanah dan tinggalkan sulur baru yang dipotong sebagai hasil segar dan yang tidak sesuai biarkan ia membesar.

Perosak dan penyakit

Serangan penyakit layu pucuk (Fusarium sp) menyebabkan pucuk muda hitam ,layu dan terus kering.

Serangan kulat Puccinia asparagi menyebabkan tanda bintik hitam atau merah pada batang dan daun.

Penyakit ini dikawal dengan memotong dan musnahkan bahagian yang diserang atau dibuat semburan racun kulat yang sesuai.

Ulat ratus (Spodoptera sp) yang menyerang bahagian pucuk dan dahan dan ulat pangkas memakan bahagian pucuk dan daun,jika serangan serius lakukan semburan menggunakan racun yang sesuai.

Penuaian hasil

Hasil pertama boleh dituai selepas lapan hingga 10 bulan ditanam. Aparagus boleh dituai dalam bentuk tunas putih atau tunas hijau .

Asparagus hijau dimakan segar dan yang putih ditinkan. Bagi mendapatkan asparagus putih rumpun ditimbus tanah dan tunas akan membesar dalam tanah.

Kutipan hasil akan bermula selepas proses cantasan dilakukan,bagi satu musim tempoh kutipan hasil antara satu dan dua bulan. Sulur muda dipotong dengan pisau tajam di bawah paras tanah,elakkan kecederaan sulur muda lain.

Sulur berukuran 15-17 sm sahaja yang dituai. Kelewatan dituai menyebabkan sulur panjang meruncing, berserabut dan hujung sulur akan berkembang menjadi daun. Tuaian hasil antara 25 dan 30 kg seminggu sehektar boleh didapati dan boleh mencapai tiga atau lima tan sehektar/tahun.

Asparagus digred mengikut garis pusat dan panjang rebung, warna, kerapuhan, kesegaran, tahap kecederaan dan serangan penyakit. Ia boleh bertahan selama dua hingga tiga minggu jika disimpan dlam suhu 0-2 darjah celsius.

Menanam jagung manis


Air amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung.


Tanah untuk penanaman jagung mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.

Membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam di antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.

Membajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.

Mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (ground magnesium limestone) dengan kadar dua tan/ha untuk tanah biasa dan empat tan/ha untuk tanah gambut.

Bahan tanaman adalah biji benih dengan kadar lapan hingga 10 kg/ha.

Jarak tanaman bergantung pada jenis tanah dan jenis jagung, biasanya 75sm x 50sm atau 75sm x 30sm dengan kepadatan sebanyak lebih kurang 53,333 pokok/ha.

Menanam boleh mengunakan jentera atau tugal bagi kawasan yang kecil sama ada dalam alur (furrow), atas batas atau di atas tanah yang rata

Biji benih dirawat dengan racun kulat dan serangga sebelum ditanam sedalam dua hingga empat sm ke dalam tanah sebanyak dua biji selubang dan akan bercambah selepas di antara empat dan tujuh hari selepas ditanam.

Penjarangan perlu dilakukan tiga minggu selepas ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Air amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung.

Siraman perlu dibuat dua kali sehari dengan sistem pengairan renjis (kos RM5,00 - RM 8,000/ha)

Keperluan asas tanaman

Suhu 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

Taburan hujan di antara 500 dan 700 mm/tahun.

Jenis tanah yang subur iaitu tanah alubium hitam dengan resapan air yang baik, tanah lom berpasir dan juga tanah gambut dengan pengapuran.
pH tanah 5.0 - 6.5

Penyelenggaraan

Pembajaan bergantung kepada jenis tanah, amnya kadar NPK sebanyak 120:60:40 kg/ha adalah sesuai untuk semua jenis tanah. Baja seperti NPK Blue Special (12:12:17:2) boleh digunakan dan dibubuh sebanyak dua kali dalam semusim

Kawalan rumpai boleh dijalankan dengan menyembur racun pracambah seperti Atrazine dengan kadar 120g/16 liter air dan diikuti merumpai secara manual atau jentera selepas tiga hingga empat minggu ditanam dan diikuti satu atau dua lagi pusing merumpai.

Mengambus atau menambak adalah kerja-kerja memupuk tanah atau batas-batas tanah ke perdu pokok jagung apabila tanaman mencapai ketinggian 60 sm bagi mengawal kelembapan tanah, mengawal rumpai.

Menahan dari pokok rebah dan mencegah akar pokok keluar dari permukaan tanah yang dilakukan selepas menabur baja supaya dapat mengeluarkan hasil yang baik kerana dapat mengawal kehilangan baja.

Penyakit kulat seperti hawar daun dan karat jagung boleh dikawal dengan racun kulat seperti Thiram dan Zineb selain dari amalan agronomi yang baik dengan menggunakan biji benih yang bebas penyakit dan musnahkan tanaman yang terdahulu

Penyakit tongkol (smut) menyebabkan tongkol jagung membengkak/bisul dapat dikawal dengan memusnahkan pokok yang diserang.

Penyakit reput batang bakteria menyebabkan batang pokok jagung reput dan patah boleh dicegah dengan amalan kultura yang baik dan memusnahkan pokok yang diserang.

Serangga perosak yang selalu menyerang tanaman jagung adalah seperti ulat pengorek batang jagung, ulat tongkol jagung, ulat ratus dan kepinding boleh dikawal dengan racun serangga seperti Malathion, Sevin, Diptrex dan sebagainya

Perosak mamalia seperti tikus boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik atau guna perangkap atau umpan beracun

Penuaian


Jagung manis boleh dituai selepas 68 hingga 72 hari selepas menanam untuk dimakan (rebus) dan 90 hingga 100 hari untuk dijadikan biji benih.

Jagung dipetik mengggunakan tangan pada awal pagi atau petang sahaja dan boleh disimpan segar pada suhu biasa selama 24 hingga 36 jam dan pada suhu 3 - 50 darjah C boleh disimpan selama tiga minggu.

Hasil secara purata 30,000 tongkol sehektar.

Tips tanam sekoi

Sekoi boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta liat dengan pH 8.5. Ia mempunyai daya kerintangan tinggi kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbanding dengan jagung.
Fizikal pokok sekoi sama lebih kurang dengan pokok jagung cuma hasil/buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru/anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon.

Penanaman

Tanah mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.
nMembajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
nMembajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil
nMengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (Ground Magnesium Limestone) dengan kadar dua tan/ hektar (ha) untuk tanah biasa.
nJarak tanaman bergantung kepada jenis tanah dan juga jenis sekoi iaitu antara dia antara 60 dan 90 sm antara baris dan di antara 10 dan 23 sm antara pokok.
nBiji benih dirawat dengan racun kulat terlebih dahulu sebelum ditanam sedalam tiga dan lima sm sebanyak tiga atau empat biji selubang.
nMenanam boleh menggunakan jentera atau dengan tangan dimana biji benih akan bercambah tiga hingga tujuh hari selepas ditanam.
nPenjarangan dibuat selepas tiga minggu ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Pengawalan tumbesaran

nKawalan rumpai dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua minggu dan empat minggu selepas menanam.
nPembajaan dengan kadar NPK 102:45:45 kg/ha dimana separuh unsur N dan semua P dan K diberi sebagai baja asas dan separuh lagi N diberi sebulan selepas menanam
nUlat pengorek batang adalah perosak utama dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian
nSerangan burung adalah pada peringkat penyemaian dan ketika peringkat susu biji sekoi
nPenyakit hawar daun dan smut biji sekoi boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik dan menggunakan racun yang bersesuaian

Penuaian

nHasil sekoi boleh dikutip mengikut jenis dan pada kebiasaannya di Malaysia bila mencapai di antara 97 dan 110 hari selepas ditanam.
nUntuk dapatkan hasil kedua (ratoon) batang sekoi dipotong hingga berdekatan paras tanah supaya tunas tumbuh untuk mengeluarkan anak pokok baharu
nJika tidak perlukan ratoon, potong pokok lebih tinggi dari paras tanah atau dengan mengerat atau memotong jambak buah
nHasil mengikut jenis DOOBS (1,791 kg/ha), CE/71 (1662 kg/ha), CE/178 (1,669 kg/ha) dan 655N(1,523 kg/ha)

Penyimpanan

nBiasanya biji sekoi disimpan tanpa diceraikan dari tangkai tetapi dikeringkan sehingga 10-14 % kelembapan untuk mengelak serangan kulat dan serangga

Friday, September 30, 2011

Minyak Pati Sepang

Minyak Pati Sepang ini menggunakan ramuan Kayu Sepang tanpa sebarang adunan bahan kimia moden. Ia dirumus khas untuk perawatan kulit muka terutamanya bagi menghilangkan tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka.
Antara keistimewaan Minyak Pati Sepang ini ialah:
  • Menanggalkan dan membuang sel-sel kulit yang telah mati pada lapisan kulit agar tidak berkumpul.
  • Mengelakkan dari terjadinya jerawat akibat daripada penebalan kulit dan penyumbatan liang-liang kulit.
  • Membersihkan kulit dan secara mendalam hingga ke liang-liang kulit.
  • Sinergikan bersama Bedak Awana atau Tompok Hitam atau Jasmin sebagai butiran kasar yang dicampur untuk tujuan scrub.
  • Menghaluskan permukaan kulit.
  • Merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan masih segar.
Cara Penggunaan
Sapukan minyak Pati Sepang dimuka pada waktu malam sebelum tidur. Guna minyak pati sepang 1 hingga 2 kali setiap minggu.
Satu botol mengandungi 75ml.

Minyak But-But

Minyak But-but mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuk jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-but untuk membuat sarangnya. Kelebihan Minyak But-but adalah seperti berikut:
Untuk Patah Tulang
  • Panaskan minyak but-but dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balut dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.
Untuk Bawasir
  • Sapukan minyak but-but di bahagian dubur yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.
Untuk Urut
  • Minyak but-but bersifat sejuk diluar dan panas didalam ini akan meresap ke lapisan epidermis mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.
Sengatan Serangga
  • Ambil kapas dan basahi minyak but-but dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
Luka luka Kecil
  • Ambil kapas dan sapukan pada bahagian yang luka.
Terkena Air Panas, Luka Terbakar
  • Sapukan minyak but-but ke bahagian yang mengelembung.
Cirit Birit
  • Minum satu sudu kecil bersama air suam.
Kembung Perut
  • Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak, gunakan daun sirih dan sapu minyak but-but di bahagian perut.
Athma (Kanak-kanak Kecil)
  • Minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimut kanak-kanak tersebut.
Bayi yang sering menangis pada waktu malam
  • Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap malam.
Kanak-kanak yang sering kencing pada waktu malam
  • Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Disamping itu dicadangkan amalkan Madu Asli.
Lemah tenaga batin
  • Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.
Wanita menopause
  • Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit ketika bersama suami.
Komposisi
Kaempferia galanga 1.5gm
Melaleuca lecodendron 2.0gm
Cocos nucifera oil 50ml
Tinospora crispa 2.0gm
Satu botol mengandungi 75m l.

HPA : Aduan yang sering kita dengar..

Aduan 1: Bonus HPA dibayar lambat.

Syarat untuk HPA membayar bonus kepada ahli adalah ahli tersebut membuat pembelian produk sebanyak 50NM, harga antara RM100-RM150. Setiap bonus HPA dikira berdasarkan jumlah pembelian produk, langsung tak ambil bonus daripada yuran kemasukan ahli. Yuran ahli RM30 sahaja, jadi bonus tak dapat walaupun cari seberapa ramai ahli pun. Bonus dikira apabila adanya ahli yang membuat pembelian produk.
Nilai mata dikira setiap bulan dari tempoh awal bulan (1hb) sehingga hujung bulan (30/31hb). Pembelian barang pada bulan pertama, penjumlahan dan pengiraan mata bermula pada hujung bulan kedua. Kemudian, pengeposan bonus bermula awal bulan ketiga. Oleh itu, misalnya ahli buat pembelian pada bulan Ogos, bulan September pengiraan dibuat dan bulan Oktober menerima bonus bagi bulan Ogos.
Sekiranya ahli buat pembelian setiap bulan, barulah bonus akan diperolehi setiap bulan tanpa putus.

Aduan 2: Ahli HPA tidak dapat beli dengan harga ahli.

Ahli HPA perlu membeli produk HPA di stokis HPA, bukannya beli dengan ahli yang lain ataupun beli di kedai runcit. Ini kerana, kedai runcit juga mendapatkan produk HPA dengan harga pengedar. Ahli HPA dan kedai runcit berada di paras pemasaran produk yang sama. Oleh itu, ahli HPA boleh menjual produk kepada yang bukan ahli HPA.
Begitu juga, sekiranya ahli HPA yang ingin membeli produk HPA secara online. Fikirkan situasi sama di atas, laman web ataupun kedai online tersebut dikendalikan oleh stokis ataupun dikendalikan oleh ahli HPA. Sekiranya kedai online dikendalikan oleh ahli HPA, tentulah kos produk mereka pada harga pengedar dan harga jual mereka pada harga pengguna.

Wednesday, May 11, 2011

Khasiat Halia




Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.


Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.


Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh.

Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.


Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.


Membantu untuk menghadamkan makanan.
 
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
 
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
 
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
 
Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
 
Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
 
Menghilangkan bau busuk mulut.
 
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
 
"Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."

Monday, May 9, 2011

Radix Anggur


radix-grape


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.20
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.90
Sabah & Sarawak: RM




Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: RM

Radix Strawberry

,
Radix Strawberry 1500ml:

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.20
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.90
Sabah & Sarawak: RM


Radix Strawberry 500ml:

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: RM

Kordial Asiatica (pegaga) + Gula Perang



Kordial Asiatica dengan gula perang. Khasiatnya masih sama seperti Kordial Asiatica seperti merawat batuk, buasir, kelesuan, demam dan lain-lain lagi.

Sedikit fakta tentang gula perang:

Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16

Kordial Kurma + Gula Perang


Kordial Kurma dengan gula perang. Khasiatnya masih sama seperti produk Kordial Kurma.

Khasiat:
  1. Kurma memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  2. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin.
  3. Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.
  4. Mengandungi protein dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.
  5. Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes.
  6. Penawar untuk masalah insomnia.
  7. Gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong justeru melegakan batuk.
  8. Unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita mengandung (baik untuk perkembangan fetus) dan selepas bersalin. Ia membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah dan redakan tekanan darah tinggi.
  9. Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga.
  10. Melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah dan merawat buah pinggang.
  11. Fiber semulajadi yang mengelak kanser kolon.
  12. Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangsang otot dan mata.
  13. Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh.
  14. Disyorkan untuk kanak-kanak hiperaktif.
Sedikit fakta tentang gula perang: Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16 
Sabah & Sarawak: RM 19

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16

Saturday, May 7, 2011

Teh ALG


alg

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18



Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkenaan Minuman ALG

Minuman ALG

Minuman ALG merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang. Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi, gout dan batu karang, HPA menggunakan teh ALG untuk tujuan anti kanser atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius.

Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas.

Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

Teh Sepang


Add caption
Dulunya Caesalpinia Seppan telah digunakan untuk menghasilkan produk Minyak Pati Sepang tapi kini ianya telah muncul dalam bentuk MINUMAN KESIHATAN dengan jenama Minuman Sepang.

Minuman yang berkhasiat untuk menyembuhkan masalah cirit birit dan kehilangan air dalam badan disebabkan oleh dehidrasi yang menyebabkan kehilangan fosforus , sodium , potasium , kalsium , sulfur dan magnesium.

Lebih berkesan sekiranya diminum bersama lobak merah yang direbus dan dicampur dengan sedikit garam bukit.

Produk ini dikeluarkan dalam bentuk teh uncang.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Teh Manjakani


teh_manjakani1.jpg

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 20


Panduan/Petua/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Teh Manjakani

 

Teh Manjakani

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.

Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh.

Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya.  InsyaAllah.


teh-manjakani.JPG

Pengarah Urusan HPA bersama sebahagian Pengurus Besar semasa pelancaran produk baru, Teh Manjakani.

Teh Hijau

Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:
  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan
Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:

Nutrien Teh Hijau

Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.

Kurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik.
Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

Lembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.
Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Penstabil tekanan darah

Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari.
Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus. Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.

Awet muda

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA
1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Harga Pengedar
Semenjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sawarak: RM 15

Nilai Mata (NM): 4
Jom dapatkan segera Teh Hijau ini dari cawangan HPA berhampiran atau beli online melalui kami.

Madu Asli


Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; 


Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos : 
Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 27

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 23

Herba Rebusan


alac.jpgMerupakan produk dalam bentuk herba periuk. Dirumus khas daripada seratus peratus pokok herba tempatan yang bermutu tinggi. Mempunyai khasiat pengubatan yang tersendiri.

JENAMA & TUJUAN

1. D-HIPO –> Darah Tinggi

2. ALYXIA –> Lumpuh atau Saraf

3. ALAC –> Buah Pinggang atau Batu Karang

4. STOMA B –> Menambah Selera Makan

5. STOMA S –> Herba Kurus Badan

6. SEMARU –> Melawas Pembuangan Air Besar

7. LOHARD –> Penyakit Jantung

8. FOLIA –> Athma/Lelah/Angin

9. MANDI LULUR –> Herba Untuk Mandian

10. HERBA LULUR –> Ubat Cuci Untuk Wanita dan Keputihan

11. TENAGA HAYAT –> Tenaga Batin Lelaki

12. PENAWAR KENCING MANIS –> Untuk Kencing Manis

13. PENAWAR RESDUNG –> Resdung

14. M-GREN –> Jaram Untuk Migrain, Demam Panas dll

15. AN-MIA –> Untuk Tekanan Darah Rendah

16. FISALIN-B –> Untuk Ketumbuhan dan Kanser

17. DINOS –> Untuk Buasir

18. ARA > Ghout

19. GATAL BADAN –> Untuk Gatal dan Ruam Badan

20. HERBA SENGGUGUT –> Sakit Bila Kedatangan Haid dan Kesuburan

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan kesemua campuran ini ke dalam periuk (Periuk tanah atau yang lain yang terbaik).
  2. Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1)
  3. Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih.
  4. Minum selepas daripada makan.
  5. Dos yang ditentukan: 1 cawan kecil
  6. Minum 1 hari 3 kali (pagi, petang dan malam)
  7. Sekiranya air didih telah habis ulangi seperti di atas.
  8. Ubat periuk ini hanya untuk 3 kali ditambah air (14 hari)
Berat Kandungan:

Antara 200 gram hingga 250 gram mengikut kategori jenama herba.

Harga:


Lady Cheer





Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.



1. Merawat keputihan

2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina

3. Melancarkan perjalanan haid

4. Penyubur kandungan wanita

5. Mengecut dan merawat kembali vagina



1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.

2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.

3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.


1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.

2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.

3. Menstabilkan pH vagina.

4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.

5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.


1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Dengan beberapa titis sahaja anda akan merasai perbezaannya. Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan!!!

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Moments



Pengenalan

Wanita masa kini mempunyai gaya hidup yang aktif dan sibuk. Tidak kira mereka adalah seorang wanita berkerjaya atau surirumah, kesibukan dalam menjalani tugasan seharian, perubahan fisiologi dan faktor persekitaran mendedahkan wanita kepada pelbagai maslah kesihatan. Lebih-lebih lagi sikap kebanyakan wanita yang sangat mengambil berat untuk menjaga kesihatan suami, anak dan orang yang disayangi tetapi malangnya sering mengabaikan kesihatan diri sendiri.

Bagi memenuhi keperluan kesihatan wanita, MOMENTS adalah produk yang tepat yang diformulasikan khas dari herba terbaik iaitu Manjakani, Noni, Roselle dan Madu. Ia dirumus khas untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh wanita seperti hormon yang tidak seimbang, kesihatan seksual, kesihatan reproduktif, masalah berat badan, keletihan dan kemurungan. Kebaikan keempat-empat bahan terpilih juga boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser,kesihatan jantung, tekanan darah dan lain-lain.

Selain dari khasiat kesihatannya yang hebat, MOMENTS dikilangkan dalam persekitaran terkawal, bersih dan memenuhi keperluan Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta prinsip Halal dan Toyyiba untuk memastikan kuaiti, keselamatan dan efikasi produk berada pada tahap yang terbaik demi kepuasan para pengguna.

Dengan hanya 1 sudu makan (10ml), sekali pada setiap hari, MOMENTS akan membantu untuk mengekalkan kesihatan dan keceriaan serta meningkatkan kualiti hidup wanita masa kini!

MOMENTS, Formulasi Istimewa Untuk Wanita Masa Kini. Selamat Mencuba..!!



Masalah Kesihatan Wanita Mengikut Usia

18-30 tahun:

Kitar haid tidak teratur
Keputihan berlebihan
Kesakitan melampau semasa sindrom pra-haid
Masalah kesihatan serviks
Masalah kulitdan jerawat

30-50 tahun:

Masalah kesihatan seksual
Letih dan kemurungan
Kegemukan, perut buncit dan kulit mengelebeh
Masalah rahim-rahim longgar
Kandungan luar rahim dan keguguran
Masalah kesuburan
Risiko barah (payudara, rahim, serviks)

50-70 tahun:

Sindrom menapous
Penyakit jantung
Osteoarthritis & Osteoporosis
Penyakit berkaitan mata
Naraj (payudara, rahim, serviks)

70 tahun dan Keatas:

Sindrom pasca menapous (kehilangan estrogen)
Athritis
Lemah daya ingatan
Nutrisi tidak mencukupi
Sakit tidur
keistimewaan Produk

Produk kesihatan berunsurkan bahan semulajadi
Menggabungkan kebaikan 3 herba utama iaitu Mengkudu (Noni),Manjakani, Roselle dan Madu
Penjagaan kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran didatangkan dalam 1 botol
Sangat menjimatkan! Hanya 1 sudu makan (10ml) sekali sehari
Produk terbaik untuk penjagaan ibu selepas bersalin
Sesuai untuk semua peringkat umur wanita seawal remaja berusia 18 tahun sehingga wanita berusia/menopous
meningkatkan kualiti hidup untuk wanita samada berkerjaya atau surirumahtangga
Nota

MOMENTS tidak disarankan untuk wanita mengandung

Cadangan Penggunaan:

1 sudu makan atau 10ml setiap kali sebelum makan. Kesan maksimum akan diperolehi apabila produk diambil secara berterusan (setiap hari). Pengguna dinasihatkan menngambil air kosong yang mencukupi apabila menggunakan produk yang mengandungi manjakani.

Kaedah Penyimpanan:

Simpan ditempat dingin dan kering. Simpan didalam peti sejuk selepas dibuka penutup.


Harga Ahli RM38 ... NM10

Friday, May 6, 2011

Az-Zahraa Corset (Bengkung Tujuh Meter)



Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.
Keistimewaan Corset:
  • Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
  • Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
  • Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik
  • Sesuai dipakai bila-bila masa
  • Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
  • Menegangkan kembali otot-otot perut
  • Membantu mengawal selera makan
Kaedah penggunaan:
  • Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
  • Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas
  • Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
  • Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan
  • Cuci bengkung sebelum digunakan
  • Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM 55

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Set Bersalin


SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

 1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca 
peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke 

– 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 85
Sabah & Sarawak: RM 95

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 70
Sabah & Sarawak: RM 80

Nilai Mata (NM): 25

Kelebihan Minyak But But HPA

Thursday, May 5, 2011

Chlorophyll Drops HPA




TERKINI! SATU RAHSIA SAINS TERBONGKAR !

• Punca utama segala penyakit ialah buangan berasid dalam badan.

• Musuh besar ini mesti anda singkirkan dahulu untuk menjadi sihat.

• Diet, ubatan atau suplimen serta senaman harian tidak akan berkesan selagi musuh ini berada dalam tubuh anda.

• Tahukah anda apa dia musuh besar anda ini?

• Ianya tak lain dan tak bukan adalah bahan buangan berasid yang terperangkap dalam badan anda yang 
membunuh anda secara senyap hari demi hari!

• Bahan buangan berasid inilah yang menyebabkan kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesity/ kegemukan, penyakit kulit tegar, sakit sendi, perut sengkak, murung, kelesuan, hilang daya tumpu dan mudah berang..

• Selagi ianya tidak disingkirkan selagi itulah:

1. Berdiet macam mana pun tidak akan menurunkan berat badan,

2. Makan ubat, makan supplement juga tidak bermakna, dan

3. Senaman atau jogging hanya memenatkan sahaja.

HPA ada berita gembira untuk anda…

Peluru sakti untuk menyingkirkan kondisi berasid dalam badan anda ialah Alkaradix ChloropHyll Drops yang beralkali tinggi. Hanya satu titis sahaja dalam segelas air mampu melonjakan pH air dari 7 ke 9 atau lebih.

Tanpa air alkali pH tinggi (pH8.5 ke atas) buangan berasid akan terus mengancam nyawa anda.

Alkaradix ChloropHyll Drops : Pelonjak Alkali, penyingkir Asid – Alkaline Booster, Acid Buster

Herba / Ubat kurang mujarab kalau badan masih berasid.

Alkaradix ChloropHyll Drops membantu mengurangkan asid berlebihan dalam badan anda dengan 7 faedah kesihatan:

Kurangkan Yang 1 … Redakan Yang 7 …

KURANGKAN ASID

BOLEH MEREDAKAN

1. TOKSIK

2. LEMAK & KOLESTEROL

3. PENYAKIT OTOT & SENDI

4. SEMBELIT & KEKERINGAN DALAMAN

5. PENYAKIT KULIT TEGAR

6. BATU KARANG

7. KANSER

Alkaradix Chlorophyll Drops dijual 100% oleh HPA dengan harga hanya RM50.00 sebotol yang mampu 
mengalkalikan sehingga 500 botol air saiz 500ml.

Produk seumpama ini di pasaran luar dijual dengan harga antara RM80.00 dan RM120.00

Harga pengedar HPA cuma RM45.00 dengan 10 NM.

Ingat:

1. Ibu kepada penyakit kronik ialah buangan berasid dalam badan.

2. Bapa kepada penawar penyakit kronik ialah minuman air beralkali.

3. Raja kepada Air beralkali ialah ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS.

Ulasan Pengarah Urusan HPA

Produk baru HPA Chlorophyll Drops ini merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal (rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi) yang di jual di pasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng”alkali”kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

“Buang asid buang penyakit” merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah.

Masukkan 3 titis sahaja klorofil HPA ke dalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++. Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari Water Filter Dew HPA ialah pH 9.++. Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50.00
Sabah & Sarawak: RM55.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45.00
Sabah & Sarawak: RM50.00

Set Wanita Mengandung

 

Virgin Coconut Oil Softgel dapat membantu memudahkan bersalin, menguatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan pertumbuhan rambut serta mengurangkan kelemumur.


Habbatus-sauda Softgel ini kaya dengan asid minyak tak tepu (EFA). Antara khasiat utamanya, ia meningkatkan penghasilan susu ibu.

Minuman Cereal Radix mengandungi khasiat sinergi 7 herba yang terbaik, diantaranya adalah Larak Hutan ( Polyalthia Hypoleuca) yang bertindak meransang pengeluaran air susu ibu.

Jika sebelum ini wanita tersebut mengamalkan Paramaria Plus sebelum mengandung, maka apabila mengandung dia perlu berhenti mengambil Paramaria Plus dalam masa waktu mengandung.

Herba Tuju Angin yang mengatasi masalah angin duduk, yakni cepat letih dan terasa meloya.

Minyak But-but disapu/diurut pada kaki wanita mengandung.

Minum EQ Minda di mana kandungannya terdapatnya Kurma (Phoenix dactylifera L) yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan vitamin C yang membekalkan tenaga. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta bekersan meredakan tekanan darah tinggi ketika mengandung.

Amal HB yang meningkatkan daya imunisasi dan masalah kekurangan kadar darah merah. Pengambilan HB ini juga mengubati masalah penyakit kuning atau jaundis apabila anak lahir kelak

PES MEE BANDUNG (Citarasa Asli Muar)





Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9.00
Sabah & Sarawak: RM 10.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8.00
Sabah & Sarawak: RM 9.00